Monday, February 4, 2008

Baru :: HTC lancarkan Shift UMPC dan Cruise pda

Jan 30 , 2008 : Wakil pengedar perkakasan HTC di Malaysia baru baru ini telah melancarkan produk perkakasan terbaru mereka untuk pasaran kita.


HTC Shift adalah perkakas yang agak baru bagi kita disini bukan dalam kategori yang biasa kita lihat tetapi dalam kategori baru yang dipanggil UMPC atau Ultra Mobile PC. UMPC adalah perkakas baru merupakan jelmaan dari kumpulan TabletPC dimana ianya merupakan perkakas yang mengunakan sistem operasi Windows (dalam kes ini Vista) dan mampu berfungsi seperti notebook biasa tetapi UMPC adalah perkakas yang lebih kecil dan mempunyai skrin sesentuh . Kategori ini dahulunya dimonopoli oleh samsung dengan produk Q1 dan Q1 Ultra. saya sendiri menggunakan Model Q1 sejak tahun lalu. Apa yang menarik, ada ura ura diinternet yang mengatakan HTC shift mampu mempunyai 2 sistem operasi berbeza iaitu Vista dan Windows Mobile 6!


manakala HTC Cruise merupakan kesinambungan kepada produk PDA phone mereka yang terkenal HTC Touch tetapi lebih kepada rekabentuk yang agak keras (manly) dan pada saya kurang kelainannya berbanding rekabentuk curvy yang agak canggih.

.